Tuesday, January 13, 2009

Masa Depan Teater Sarawak ?


Sebelum Seminar Perkembangan Teater Sarawak yang telah diadakan di Balai Budaya, DBPCS suatu ketika dulu, saya didatangi saudara Saiee Driss yang berhajat menemuramah saya untuk kajian kertas kerjanya. Yang jelas beliau telah dilantik sebagai salah seorang pembentang kertas kerja di dalam seminar yang amat ditunggu-tunggu oleh sekalian penggiat teater itu. Maklumlah aktiviti keilmuan seperti itu jarang sekali diadakan.

Justeru janji temupun dibuat dan saya telah melangsungkan hajat saudara Saiee itu di puncak sebuah bukit yang kini merupakan markas pentadbiran bandaraya Kuching utara. Selepas segelas kopi ginseng CNI dan sepinggan nasi goreng, temu bualpun dimulakan. Kebetulan ketika itu saudara Mastijah Maslehpun turur bersama. Namun bukan pula niat saya untuk memperturunkan segala apa yang dipertuturkan pada waktu itu. Hanya mengambil intisari daripada wawancara itu.

Ternyata persoalan masa depan teater di Sarawak masih menjadi agenda saudara Saiee. Beliau bertanyakan soalan yang sama pernah saya tanyakan kepada Majlis Teater Negeri Sarawak suatu ketika dulu iaitu : ke arah mana teater Sarawak ? Persoalan ini seperti sudah menjadi tetek-bengek di hati saya kerana ternyata tiada jawaban yang bias diberikan.

Jika melihat kepada perkembangan semasa, teater di Sarawak telah jauh berkembang. Daripada sebuah negeri yang sering dipandang rendah di peringkat kebangsaan, teater di Sarawak telah mampu mencorakkan sebuah ‘revolusi pentas’ di persada Festival Teater Malaysia. Perubahan itu bermula dengan Grup Teater Sanggar Kotaras dibawah pimpinan sasterawan tersohor Awangku Merali Pgn Mohamed (naib johan), kemudian Grup Teater Tamu Seri Kuching (TASEK) dibawah pimpinan Hashim tahot (tempat ketiga) dan akhirnya Grup Teater Ngoncong dibawah pimpinan Hajjah Saptuyah Bolhi (johan).

Perubahan ‘mind set’ para penggiat teater di Semenanjung mulai berubah dan negeri Sarawak tidak lagi dipandang hanya memenuhi kuota tetapi sebaliknya berupaya memberikan cabaran penuh bermakna. Namun selepas itu prestasi Sarawak seakan-akan menurun. Penyertaan beberapa wakilnya seperti Art of Saramart dan Grup Teater Sanggar Kreatif seperti kehilangan taring dan sedikit=sebanyak hal ini telah menjejaskan morality para penggiat teater kita. Timbul pula persoalan; apakah yang sebenarnya telah terjadi kepada mereka (baca:teater Sarawak).

Justeru, pandangan saya ini hanya pandangan semata-mata hasil daripada perenungan saya terhadap bidang yang amat saya cintai itu. Apatah lagi setelah lama tidak melibatkan diri secara langsung dengan teater Sarawak . Seseorang boleh saja menganggap bahawa saya sebenarnya rajuk teater (itu mungkin ada kebenarannya). Dalam konteks ini, kita seharusnya kembali untuk melihat kekurangan dan kelebihan yang kita ada. Seorang pengamal ‘networker’ QuestGold pernah berkata,”Jika kita ingin memperbaiki diri sendiri, jangan lihat pada kelebihan. Lihatlah pada kekurangan.”

Berbalik kita pula kepada persoalan masa depan teater Sarawak. Saya terkedu untuk menjawab soalan tersebut. Namun berusaha pula untuk meberi penjernihannya.

Masa depan teater di Sarawak terletak pada orang-orang yang mengakui dirinya orang teater. Rangkaikata orang teater itu sengaja dipertebalkan kerana tidak semua orang teater itu orang teater (dalam ungkapan lainnya, tidak semua orang teater itu mencintai bidang teater) Mengapa saya katakana begitu kerana beberapa kerat orang teater mempunyai agenda bukan teater.

Agenda bukan teater ini amat dirasai sekarang apabila dilihat kesempitan hidup amat menuntut manusia untuk memikirkan ruang dan peluang untuk mengaut keberuntungan. Agenda bukan teater itu boleh saja dalam bentuk perempuan, arak, wang ringgit glamour dan gelaran. Agenda seperti inilah yang banyak merosak ‘kesucian’ dan ‘keinnocent’ teater dan pengamalnya yang benar-benar. Apabila agenda lain menguasai minda para penggiatnya, ternyata mutu teater yang cuba diungkapkan mereka tidak menjadi dan seringkali menjadi ikut-ikutan generasi mendatang.

Ambil saja Festival Teater Malaysia ! Ternyata selepas Grup Teater Ngoncong mengungguli persada kebangsaan, corak teater mereka (realism) telah menjadi kegilaan kumpulan-kumpulan teater seterusnya. Dalam setiap persaingan, masing-masing cuba untuk meniru teater yang dikampiunkan oleh Grup Teater Ngoncong. ‘Sesat’, ‘Terdampar’,………merupakan 'jelmaan' Sawo dalam bentuk baru dan jelmaan inilah yang juga cuba dipertaruhkan di peringkat kebangsaan berulang-kali.

Pola pemikiran yang seperti ini sebenarnya bertitik-tolak daripada keinginan sutrabara dan kumpulannya untuk meraih kedudukan terbaik dalam pertandingan itu. Saya beranggapan ini sebagai jalan singkat untuk mencipta keglamoran. Namun yang jelas para penggiat teater sekarang ketandusan daya cipta. Usah bercakap tentang kekurangan naskhah, fasaliti, dana, kepakaran dan sebagainya. Seperti kata pepatah Melayu, dima ada kemahuan, di situ ada jalan.

Pola pemikiran para penggiat teater harus berubah kearah yang lebih dinamis. Individu dan kumpulan teater mesti melihat bidang ini sebagai satu bidang yang boleh diceburi secara serius. Jika di Kuala Lumpur, kewujudan syarikat teater seperti Five Arts Center, Actors Studio telah membuktikan bahawa teater boleh menjadi sebuah industri, di samping itu keberlangsungan Stor Teater boleh pula dicontohi sebagai upaya untuk memberikan alternative pergerakan kepada para penggiat teater yang mahu bergiat seacara serious.

Di sini, berani saya katakana, kita begitu tertinggal daripada segi membangunkan masa depan teater sendiri. Hal ini sebenarnya telah difikirkan oleh saya dan rakan-rakan di dalam Grup Teater Sedar sekitar awal 90-an dulu. Namun pandangan sini komuniti sendiri telah perlahan-lahan membunuh keinginan tersebut. Kini, sudah tiba masanya komuniti teater Sarawak untuk bangkit dan memikirkan (belum lagi melaksanakan) tentang masa depan teater kita.

Sebagai individu saya tidak berupaya untuk memkirkan sebuah revolusi yang begitu besar itu kerana ia harus mencakuip kesedaran semua pihak, bukan seorang manusia sahaja. Jika ada yang bertanyakan kepaad saya, “dimanakan segala-gala ini harus bermula?”saya akan terlebih dahulu tersenyum sebeleum ketawa terbahak-bahak kerana jawabannya telah saya sentuh ‘dulu, kini dan selamanya’. Jika ada lagi yang bertanyakan kepada saya, “dimanakah kita harus bermula?” saya akaan merenung biji matanya dan kemudian menjerit pula sebuah nama Majlis Teater Negeri Sarawak !

Benar atau tidak tumpahan pemikiran saya ini, tepuk kepala, tanya minda !
Perkembangan Yang Dilupakan

Tanggal 14 September 2006, barangkali tarikh ‘istimewa’ bagi para penggiat teater di Sarawak amnya dan Kuching khasnya. Sebabnya pada hari tersebut sebuah majlis keilmuan berjudul Seminar Sejarah dan Per-kembangan Drama Sarawak telah direalisasikan. Beberapa bijak pandai bidang berkenaan dijemput untuk memperkatakan sebuah topik yang sudah begitu lama ditundakan kepentingannya. Lokasinya pula ialah di Balai Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak (DBPCS), memandangkan penganjurnya ialah DBPCS sendiri dan badan penaung drama di Sarawak iaitu Majlis Teater Negeri Sarawak (MANTE-RA) hanya berperanan sekunder sahaja (dicatatkan disetiap kertas kerja sebagai ‘ dengan kerjasama’) se-kali gus menyatakan betapa ‘tidak bermaknanya’ MANTERA pada saat itu. Para dramatis sudah berminggu-minggu menunggu dan amat terasa ghairah mereka terhadap seminar tersebut. Memang tidak dapat disangkal hal-ehwal 'sejarah dan perkembangan drama' merupakan aspek perbincangan yang amat menarik dan mempunyai nilai provokasi tinggi. Sehubungan itu,dua komponen utama seminar tersebut iaitu ‘sejarah’ dan seterusnya ‘perkembangan’ harus ditanggapi sebaik mungkin Saya pula ingin memfokuskan kepada aspek ‘perkembangan’ yang harus pula dianggap sebagai sari se-minar tersebut. Sejarah memang penting, namun demikian dalam memperkatakan tentang pembangunan, perkembangan akan diutamakan. Begitulah kira-kira maksud di hati saya, tetapi pada akhirnya saya berkongsi rasa kecewa bersama drama-tis lain kerana rata-rata panel pembentang hanya ‘membaca sejarah’ tetapi tidakpun berusaha sebaik mungkin untuk menelaah perkembangan drama itu sendiri. Paling ketara sindrom ‘cut and paste’ menjadi stail sebahagian daripada mereka. Akhirnya ‘seminar itu hanyalah gambaran ‘lebih kuah daripada isi’ (ini menjelaskan kekecohan yang berlaku pada sesi soal jawab disebabkan kedangkalan pembentang me-nanggapi pokok pembentangan masing-masing) Apatah lagi apabila mengambil kira, beberapa aspek penting berkaitan perkembangan drama terutamanya di tahun 1990-an seperti telah sengaja ditiadakan (tidak juga pasti samada pembentangnya tidak mempunyai pengetahuan tentang beberapa perkembangan signifikan itu atau atas sebab-sebab yang tidak dapat dijelaskan ia telah dilupakan. Wallahualam). Lantaran itu, izinkan saya untuk membangkitkan perkara ini yang saya istilahkan sebagai ‘perkembangan yang dilupakan’ dengan harapan agar sejarah dan perkem-bangan drama di muka bumi Darul Hana ini dapat diperbetulkan. Amin. Kata yang empunya ceritera, perkembangan paling mustahak di dalam lipatan sejarah teater Sarawak ialah perpecahan Rumpun Seni Drama Sarawak (RUSDA). RUSDA merupakan pertubuhan teater Melayu mod-en pertama ditubuhkan setelah merudumnya populariti bangsawan sekitar tahun 1960-an. Ia diasaskan oleh AB Nor, Laili Budin, Kassim Daud, Mary Hashim dan Abang Sharil Abang Paleng sekitar awal tahun 1970-an dan semenjak itu menjadi gelanggang ‘berpencak’ bagi dramatis besar lain seperti Fatimah Ha-shim, Adi Badiozaman Tuah, Zaini Oje, Esmawi Haji Husly, Ahmad Beduwie Nahrawi, Bedui Une, Saet Ahmad, Hashim Tahot, Saniah Zainuddin, Hazis Wahab, Hajjah Sabtuyah Bolhi, Salbiah Nawi, Asmahwati Ahmad, Sabri Bujang . Kehebatan RUSDA semakin menyerlah apabila mengemukakan gagasan 'Pengukuhan Pergerakan Teater' yang matlamat utamanya ialah untuk menggalakkan "penubuhan lebih banyak badan teater lain untuk menyertai pertandingan dengan mengurangkan penyertaan RUSDA. Pada akhirnya kepimpinan ter-tinggi RUSDA waktu itu (Zaini dan Esmawi) mensasarkan RUSDA menjadi badan pemayung kepada seluruh pergerakan teater di Sarawak" (Sejarah Kumpulan dan Persatuan Teater Sarawak-Saiee Driss). RUSDA berjaya menembusi saluran kerajaan, sering mendapat kepercayaan orang-orang politik (bahkan suatu ketika penaungnya ialah YB Datuk Haji Noor Tahir sementara penasihatnya ialah Tuan Haji Taha Ariffin) dan diberi ruang dan peluang amat besar dalam mengadakan pelbagai aktiviti teater. Pendedahan demi pendedahan baik daripada bersama dramatis Semenanjung Malaysia mahupun antarabangsa telah melahirkan barisan RUSDA yang cukup mapan dan berkaliber dalam memproduksikan sebarang pemen-tasan mahupun pergerakan teater. Ketika itu RUSDA dirasakan hanya satu-satunya pertubuhan teater yang akan wujud di negeri Sarawak dan tak mungkin ada yang mampu menggugatnya. Walaubagaimanapun angin perubahan mulai terasa pada tahun 1993, apabila sekelompok orang RUSDA tampil pengerjaan teater mereka di dalam Pekan Teater Negeri Sarawak.. Sebagai contohnya Salbiah Nawi dan Asmahwati Ahmad mulai bergerak di atas nama Seniman Muda Sedar ('Binatang Jalang),sementara Saniah Zainuddin pula tampil dengan Grup Teater Serapi ('Suara-suara Mati') , Ali Mohamad pula menubuhkan Grup Teater Pesat ('Puteri Santubong Wawasan 2020') dan Othman Abu Seman dengan Grup Teater Kuching ('Melati Sarawak'). Maka secara tidak rasminya RUSDA menjelang awal 1990-an berada diambang keruntuhan. Perpecahan RUSDA ini dianggap sebagai ‘history turning point’ bagi perkembangan teater di Sarawak. Kemunculan kumpulan-kumpulan teater serpihan RUSDA ini mewujudkan satu senario penteateran yang likat dengan persaingan dalam pelbagai bentuk baik dari segi pergerakan mahupun aliran teater. Menjelang akhir abad ke 20, semakin ramai ahli RUSDA yang membawa haluan sendiri. Setelah kurang lebih tiga darsawarsa menguasai pentas teater Sarawak, pengaruh RUSDA semakin berkurangan dan akhrinya berkubur tanpa nisan. Ya, malangnya seminar itu tidakpun menyebut tentang cebisan sejarah terpenting ini ! Setelah RUSDA, perkembangan yang berikut juga dianggap sebagai permulaan penuh bermakna bagi tea-ter di Sarawak dalam menyambut pertukaran zaman baru. Serpihan RUSDA yang boleh dianggap paling berbisa ialah kumpulan pimpinan Hazis Wahab dan Hajjah Sabtuyah Bolhi iaitu Grup Teater Ngoncong (Ngoncong). Kemunculan Ngoncong sebenarnya berlaku selepas pementasan teater 'Ngoncong' karya jais Sahok, arahan Ismail Hamdan di Hotel Riverside Majestic, Kuching. Dua watak utama teater itu Hazis Wa-hab dan Hajjah Sabtuyah Bolhi dalam diam-diam mengambil nama Ngoncong sebagai nama kumpulan mereka dan seterusnya bergerak untuk mencorakkan perkembangan teater. Kemenangan Grup Teater Ngoncong di Festival Teater Malaysia pada tahun 1998 dengan teater ‘Sawo’ sememangnya merupakan satu detik penuh bersejarah. Daripada sudut lain, kejayaan grup tersebut boleh dianggap sebagai satu lonjakan penuh bermakna apabila memperkatakan tentang perkembangan drama di Sarawak pada era berkenaan. Daripada sebuah negeri yang sering dipandang rendah di peringkat ke-bangsaan, teater di Sarawak telah mampu mencorakkan sebuah ‘revolusi pentas’ di persada Festival Tea-ter Malaysia. Pencapaian ini bukannya kejayaan mengejut atau secara kebetulan kerana percubaan Sara-wak untuk sampai ke peringkat tersebut telahpun bermula dengan Grup Teater Sanggar Kotaras di bawah pimpinan sasterawan tersohor Awangku Merali Pgn Mohamed dengan naskhah ‘Tukang Ensera’(naib jo-han), kemudian Grup Teater Tamu Seri Kuching (TASEK) dibawah pimpinan Hashim Tahot dengan nask-hah ‘Vakum’ (tempat ketiga) dan akhirnya Grup Teater Ngoncong di bawah pimpinan Hajjah Saptuyah Bolhi dengan naskhah ‘Sawo’ (johan).
Perubahan kerangka minda para penggiat teater di Semenanjung mulai berubah dan negeri Sarawak tidak lagi dipandang hanya memenuhi kuota tetapi sebaliknya berupaya memberikan cabaran penuh bermakna. Sementara perubahan kerangka minda juga berlaku di kalangan orang teater Sarawak; mereka semakin mempunyai ‘sense of pride’ terhadap bakat dan kebolehan masing-masing. Semangat untuk berteater se-makin tinggi terutamanya menyentuh penyertaan di festival teater. Persediaan di mulakan dengan peran-cangan yang kemas dan teliti beberapa bulan sebelum berlangsungnya festival. Balai Budaya, DBPCS menyaksikan kumpulan-kumpulan teater terpaksa berbagi kawasan latihan sehingga ada yang berlatih di bawah lampu, gelanggang tenis, belakang stor , kaklilima jalan dan bagi yang bernasib baik di dalam de-wan.
Begitulah impak yang diberikan oleh Ngoncong terhadap perkembangan drama di Sarawak . Namun dida-lam seminar itu kecemerlangan Ngoncong hanya dinyatakan oleh Abg Patdeli Abg Muhi (“Selayang Pan-dang Perkembangan Teater Melayu Sarawak Dalam Dekad 1990-an hingga 2005”) seperti berikut : “ Se-bagai contohnya, pada tahun 1998, kumpulan teater Ngoncong telah meraih kejayaan yang cukup besar, yakni menjuarai pekan teater pada tahun berkenaan.” Dengan beberapa kerat kata-kata seperti itu seperti menggambarkan pencapaian Ngoncong sebagai suatu hal yang tidak penting sama sekali. Tidak hairanlah, beberapa anggota kumpulan berkenaan melatah dan meratah panel pembentang akan kedaifan pemikirannya itu ! Di samping itu, satu lagi perkembangan yang dianggap penting di dalam memperkatakan tentang drama di Sarawak ialah pencapaian Grup Teater Sedar Sarawak (Sedar). Penubuhan grup ini pada 14 Jun 1990 dianggap sebagai jawaban kepada RUSDA. Seperti yang dinyatakan oleh Saiee Driis (‘Sejarah Persatuan dan Kumpulan Teater di Sarawak) “ ...dasar RUSDA mahu menjadi badan pemayung kegiatan teater di Sarawak bukan diterima oleh kesemua anak seni teater...Diantara akibatnya Grup Teater Sedar... memberontak terhadap dasar RUSDA menjadi badan pemayung itu” Sedar diasaskan oleh dua individu penting iaitu Tajul Ashikin Tambi dan Zamawi Sawek yang tercetus hasil daripada bengkel Teater sepanjang tahun anjuran Kementerian Pembangunan Sosial Sarawak (ketika itu). Sedar sebagai sebuah persatuan teater berdaftar dalam pelbagai inisiatif dan semangat telah berusaha untuk “membuktikan mereka juga mampu memimpin dan menggerakkan teater” dengan mengadakan beberapa siri pementasan tahunan (antaranya ‘Suara Tenggang’, ‘Embrio’, ‘Raja Pengemis’, ‘Sasau’, ‘Impromtu’) . Lebih memberangsangkan lagi, rata-rata anggotanya ketika itu ialah anak-anak sekolah dari-pada tingkatan satu hinggalah enam. Pada tahun 1993, Sedar telah menggemparkan persada teater tempatan dengan projek teater kelilingnya ke seluruh negeri Sarawak (Kuching, Sarikei, Bintulu, Mukah, Daro dan Miri). Dengan menaiki sebuah coster, rombongan seramai lima belas anak-anak muda itu telah menjelajah bumi sendiri dan mementaskan naskhah Zaini Oje iaitu “Dunia Di Atas Ranjang”. Selanjutnya pada tahun 1996, Sedar telah berjaya mem-buktikan bahawa teater Sarawak mampu pergi lebih jauh apabila mereka berjaya mengadakan teater kelil-ing ke luar negara (Bengkel Teater Rendra Depok, Institut kemahiran Ilmu Perguruan Bandung di Indonesia dan Akademi Seni Kebangsaan di Kuala Lumpur) dengan teater eksperimental Impromtu “...?!”. (Sedar merupakan kumpulan teater pertama dari Malaysia yang pernah mengadakan pementasan di Jakarta, apa-tah lagi di Bengkel Teater Rendra ) Tembok geografikal di samping stigma ‘jaguh kampung’ telah ditabrakkan oleh Sedar dengan kejayaan kedua-dua projek tersebut. Yang jelas martabat teater Sarawak dianjak lagi dengan ‘jerit baru yang bara’ (slogan perjuangan Sedar) ke peringkat antarabangsa. Kejayaan konsep pergerakan teater keliling Sedar itu telah membawa beberapa perubahan ketara di kalangan aktivis tempatan kerana fokus pementasan mereka selepas itu tidak lagi berpusat di Kuching tetapi telah beralih juga ke daerah lain terutamanya Daro. Kumpulan dari Semenanjung pula pernah juga mengadakan beberapa projek teater keliling. Antaranya ialah Alternative Stage pimpinan Namron pernah menjelajah Sarawak dengan teater “ Di Pulau Sa dan Di (Mislina Mustpaha dan Rosdeen Suboh sebagai pemegang watak utama), destinasi sebenar mereka ialah Kuching,Sri Aman, Sarikei dan Daro. Bahkan di peringkat kebangsaan, Sedar telah menjadi tulang bela-kang kepada penyertaan Grup Teater TASEK di Festival Teater Malaysia 1996 dengan naskhah 'Vakum' (naib-johan) . Kemasukan anggota Sedar telah memantapkan lagi penyertaan wakil Sarawak itu. Sehingga kinipun Sedar masih bergerak, namun dalam gerak yang 'menggeng' (telahdibatalkan pendaftarannya pada Oktober 2007) Ya, sekali lagi amat mengharukan apabila sejarah sepenting itu tidak disentuh dengan baik oleh pemben-tang. Bahkan sekali lagi Abg Patdeli hanya mampu menyimpulkan pencapaian Sedar itu sebagai “..cukup terasa kehadirannya dalam alam teater di Sarawak dengan nuansanya yang tersendiri.” Tiga lembar sejarah dan perkembangan itu sesungguhnya merupakan satu pencapaian yang dianggap sebagai anjakan paradigma terhadap arus pembangunan teater di Sarawak. Tidak ada dramatis yang tidak merasa bangga dengan hakikat ketiga-tiga peristiwa itu. Ketiadaan fakta tersebut mahupun perbincangan tuntas berkaitan tiga perkara itu menunjukkan kedangkalan pemikiran, kedaifan penilaian serta kejulingan 'welschastauung' pembentang dalam memperkatakan tentang pertumbuhan drama di Sarawak. (Lebih mengharukan ia belum pernah disentuh oleh mana-mana pembentangan sebelum ini). Untuk sebuah seminar seperti itu pihak penganjur sewajarnya berhati-hati dalam memilih panel pembentang bukan 'main van sapu' saja. Seminar sperti itu yang gah dengan judul besar itu, sewajarnya dapat memberikan kesan mendalam di samping kesedaran tentang reality sebenarnya teater di Sarawak bukan sahaja kepada para dramatis tetapi juga peminat teater amnya. Namun kesan lain pula yang terbit, cemu-han demi cemuhan terhadap pembentang dan juga penganjurnya. Akhir kata, semoga dengan penjelasan ini akan dapat membuka mata khalayak teater di Semenanjung amnya dan Sarawak khasnya terhadap perkara sebenar yang berlaku dan bukannya menelan bulat-bulat apa yang disajikan oleh para bijak kaldai kita.


Daftar rujukan
__Abg Patdeli Abg Muhi 14 September 2006 : Selayang Pandang Perkembangan Teater Melayu Sarawak Dalam Dekad 1990-an hingga 2005
__Saiee Driss 14 September 2006 : Sejarah Persatuan dan Kumpulan Teater di Sarawak __Brosur teater 'Ngoncong' -Pusat Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sarawak 16 Ogos 1992 : arahan Ismail Hamdan
__Brosur teater 'Dunia Di atas Ranjang'- Grup Teater Sedar Sarawak 5-21 Jun 1994 : arahan Abdillah Untong Teater Keliling
__Brosur teater 'Vakum' -Grup Teater TASEK (Tamu Seri Kuching) 20 Disember 1996 : arahan Malek Hassan
__Brosur teater Impromptu "...?! -Grup Teater Sedar Sarawak 30 Jun- 22 Julai 1996 : arahan Zamawi Sawek
__Brosur 'Binatang Jalang' -Seniman Muda Sedar 18 Disember 1993 : arahan Asmahwati Ahmat
__Perlembagaan Grup Teater Sedar Sarawak 14 Jun 1991